CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

12 Sept 2012

Kisah Tauladan - Pak Kaduk

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar adik-adik? Moga sihat hendaknya...

Adik-adik kenal Pak Kaduk? Ada sesiapa pernah ceritakan kepada adaik-adik mengenai Pak Kaduk? Hari ini kita hendak bercerita mengenai Pak Kaduk. Ambil iktibar daripada cerita ini oke^^


                 Kisah ini berlaku di negeri Chempaka Seri, yang diperintahkan oleh raja yang bernama Indera Sari. Kegemaran baginda ialah menyabung ayam. Oleh sebab itu, banyaklah rakyat dalam Negara baginda yang yang suka membuang masa untuk berjudi dan menyabung ayam.

                Dalam negeri Chempaka Seri, terdapat sepasang suami isteri yang miskin bernama Pak Kaduk dan Mak Siti. Pak Kaduk ingin mencuba nasib untuk mempertarungkan ayam sabungnya dengan ayam sabung raja. Pak Kaduk menyuruh isterinya membuat baju daripada kertas. Oleh sebab ingin cepat siap, Pak Kaduk meminta Mak Siti melekatkan bahagian-bahagian baju itu saja.

                 Di gelanggang tempat menyabung ayam, raja terlihat akan Si Kunani, ayam sabung kepunyaan Pak Kaduk yang sangat bertuah itu. Raja memujuk Pak Kaduk untuk bertukar ayam Si Kunani yang dikatakan kurang bertuah dengan Si Jalak, ayam sabung kepunyaan baginda. Tanpa berfikir panjang, Pak Kaduk bersetuju. Pak Kaduk juga menggadaikan kampung halamannya kepada raja dengan bernilai 50 rial sebagai wang pertaruhan.

                  Perlawanan bermula. Pak Kaduk sangat gembira melihat ketangkasan Si Kunani. Si Kunani akhirnya menang. Pak Kaduk yang terlupa bahawa Si Kunani yang bukan miliknya, melompat-lompat kegembiraan sehingga tidak menyedari baju kertasnya telah terkoyak-rabak. Pak Kaduk akhirnya berlari pulang. Apabila sampai ke rumah, Pak Kaduk dimarahi isterinya.



NILAI DAN PENGAJARAN
a. Manusia perlu berfikir secara rasional sebelum bertindak supaya tidak rugi atau menanggung malu.

b. Raja yang memerintah mesti bersikap adil dan tidak memperalatkan rakyat untuk kepentingan diri sendiri.

c. Jangan berjudi kerana permainan tersebut tidak mendatangkan keuntungan. Orang yang berjudi telah melakukan dosa di sisi Tuhan juga.



Jangan jadi macam Pak Kaduk yer adik-adik. Kita harus berfikir dahulu sebelum bertindak ^__^

Baiklah, mari kita berseloka pula. Apa itu seloka? haaa...seloka ialah :


"Seloka merujuk kepada puisi Melayu bebas yang tidak
 mempunyai bentuk tertentu dari segi rangkap, jumlah baris,
 samaada mempunyai irama atau tidak. Secara amnya,, ia
 terdiri daripada ungkapan sejajar yang melebihi daripada
 dua baris dan prosa berirama.
Satu ciri penting bagi seloka adalah ia mempunyai maksud
 mengejek, menyindir secara serius atau jenaka, mengkritik
 tingkah-laku dan sifat negatif."

Kalau adik nak tahu bagaimna cara untuk berseloka, adik-
adik boleh melihat video di bawah :)




Hingga jumpa lagi^^


0 bintang-bintang:

Post a Comment