CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

12 Sept 2012

Syair Pak Kaduk

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera :)



Syair Pak Kaduk

Kisah bermula di negeri Cempaka Sari
Dipimpin oleh Raja Indera Sari
Berjudi selalu dijadikan hobi
Menyambung ayam setiap hari

Pak Kaduk tinggal di hujung negeri
Ditemani oleh isteri Mak Siti
Sangat sayangkan biring Si Kunani
Itulah ayam taruhan berjudi

Pergilah Pak Kaduk mencabar sang raja
Baju dan seluar dari kertas berbunga
Ditukarnya ayam dengan si raja
Kampung digadai menjadi taruhannya

Tuah Si Kunani memang menjadi
Bersorak Pak Kaduk lupa akan diri
Ayam yang ditukar telah mati
Kini Pak Kaduk tiada kampung lagi
Kerana kebodohan diri sendiri



1. Murid dikehendaki membaca terlebih dahulu rangkap-rangkap syair.
2. Guru akan membimbing murid untuk mendeklamasikan syair mengikut intonasi
    yang betul.
3. Untuk menguji tahap kefahaman murid, murid dikehendaki menceritakan 
    semula secara lisan isi tersirat syair ini.
4. Kemudian murid dikehendaki menjawab soalan seperti di bawah. Contoh :


Di sebuah negeri yang bernama __________, terdapat sorang raja yang suka berjudi dan __________ ayam. Nama raja tersebut ialah __________. Di hujung negeri tersebut tinggal __________ bersama isterinya yang bernama _________. Pak Kaduk membela seekor ayam yang bernama __________ .
          Pada suatu hari, Pak Kaduk ingin menyambung ayamnya Si Kunani dengan ayam raja. Pak Kaduk memakai ____________ yang diperbuat daripada kertas berbunga. Kemudian Pak Kaduk telah menukar ayamnya Si Kunani dengan ayam raja. Pak Kaduk telah menjadikan __________ sebagai taruhan
          Si Kunani telah berjaya ___________ ayam raja. Pak Kaduk bersorak gembira. Pak Kaduk terlupa bahawa dia telah menukar ayamnya dengan ayam raja. Kini kampung Pak Kaduk telah tergadai. Pak kaduk berasa sungguh ___________. 




Moga berjumpa lagi^^


1 bintang-bintang:

Unknown

Salam.. minta izin untuk olah dan guna syair di atas utk pengajaran esok yer...Terima kasih :)

Post a Comment