CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

12 Sept 2012

Syair Pak Kaduk

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera :)



Syair Pak Kaduk

Kisah bermula di negeri Cempaka Sari
Dipimpin oleh Raja Indera Sari
Berjudi selalu dijadikan hobi
Menyambung ayam setiap hari

Pak Kaduk tinggal di hujung negeri
Ditemani oleh isteri Mak Siti
Sangat sayangkan biring Si Kunani
Itulah ayam taruhan berjudi

Pergilah Pak Kaduk mencabar sang raja
Baju dan seluar dari kertas berbunga
Ditukarnya ayam dengan si raja
Kampung digadai menjadi taruhannya

Tuah Si Kunani memang menjadi
Bersorak Pak Kaduk lupa akan diri
Ayam yang ditukar telah mati
Kini Pak Kaduk tiada kampung lagi
Kerana kebodohan diri sendiri



1. Murid dikehendaki membaca terlebih dahulu rangkap-rangkap syair.
2. Guru akan membimbing murid untuk mendeklamasikan syair mengikut intonasi
    yang betul.
3. Untuk menguji tahap kefahaman murid, murid dikehendaki menceritakan 
    semula secara lisan isi tersirat syair ini.
4. Kemudian murid dikehendaki menjawab soalan seperti di bawah. Contoh :


Di sebuah negeri yang bernama __________, terdapat sorang raja yang suka berjudi dan __________ ayam. Nama raja tersebut ialah __________. Di hujung negeri tersebut tinggal __________ bersama isterinya yang bernama _________. Pak Kaduk membela seekor ayam yang bernama __________ .
          Pada suatu hari, Pak Kaduk ingin menyambung ayamnya Si Kunani dengan ayam raja. Pak Kaduk memakai ____________ yang diperbuat daripada kertas berbunga. Kemudian Pak Kaduk telah menukar ayamnya Si Kunani dengan ayam raja. Pak Kaduk telah menjadikan __________ sebagai taruhan
          Si Kunani telah berjaya ___________ ayam raja. Pak Kaduk bersorak gembira. Pak Kaduk terlupa bahawa dia telah menukar ayamnya dengan ayam raja. Kini kampung Pak Kaduk telah tergadai. Pak kaduk berasa sungguh ___________. 




Moga berjumpa lagi^^


Kisah Tauladan - Pak Kaduk

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar adik-adik? Moga sihat hendaknya...

Adik-adik kenal Pak Kaduk? Ada sesiapa pernah ceritakan kepada adaik-adik mengenai Pak Kaduk? Hari ini kita hendak bercerita mengenai Pak Kaduk. Ambil iktibar daripada cerita ini oke^^


                 Kisah ini berlaku di negeri Chempaka Seri, yang diperintahkan oleh raja yang bernama Indera Sari. Kegemaran baginda ialah menyabung ayam. Oleh sebab itu, banyaklah rakyat dalam Negara baginda yang yang suka membuang masa untuk berjudi dan menyabung ayam.

                Dalam negeri Chempaka Seri, terdapat sepasang suami isteri yang miskin bernama Pak Kaduk dan Mak Siti. Pak Kaduk ingin mencuba nasib untuk mempertarungkan ayam sabungnya dengan ayam sabung raja. Pak Kaduk menyuruh isterinya membuat baju daripada kertas. Oleh sebab ingin cepat siap, Pak Kaduk meminta Mak Siti melekatkan bahagian-bahagian baju itu saja.

                 Di gelanggang tempat menyabung ayam, raja terlihat akan Si Kunani, ayam sabung kepunyaan Pak Kaduk yang sangat bertuah itu. Raja memujuk Pak Kaduk untuk bertukar ayam Si Kunani yang dikatakan kurang bertuah dengan Si Jalak, ayam sabung kepunyaan baginda. Tanpa berfikir panjang, Pak Kaduk bersetuju. Pak Kaduk juga menggadaikan kampung halamannya kepada raja dengan bernilai 50 rial sebagai wang pertaruhan.

                  Perlawanan bermula. Pak Kaduk sangat gembira melihat ketangkasan Si Kunani. Si Kunani akhirnya menang. Pak Kaduk yang terlupa bahawa Si Kunani yang bukan miliknya, melompat-lompat kegembiraan sehingga tidak menyedari baju kertasnya telah terkoyak-rabak. Pak Kaduk akhirnya berlari pulang. Apabila sampai ke rumah, Pak Kaduk dimarahi isterinya.



NILAI DAN PENGAJARAN
a. Manusia perlu berfikir secara rasional sebelum bertindak supaya tidak rugi atau menanggung malu.

b. Raja yang memerintah mesti bersikap adil dan tidak memperalatkan rakyat untuk kepentingan diri sendiri.

c. Jangan berjudi kerana permainan tersebut tidak mendatangkan keuntungan. Orang yang berjudi telah melakukan dosa di sisi Tuhan juga.



Jangan jadi macam Pak Kaduk yer adik-adik. Kita harus berfikir dahulu sebelum bertindak ^__^

Baiklah, mari kita berseloka pula. Apa itu seloka? haaa...seloka ialah :


"Seloka merujuk kepada puisi Melayu bebas yang tidak
 mempunyai bentuk tertentu dari segi rangkap, jumlah baris,
 samaada mempunyai irama atau tidak. Secara amnya,, ia
 terdiri daripada ungkapan sejajar yang melebihi daripada
 dua baris dan prosa berirama.
Satu ciri penting bagi seloka adalah ia mempunyai maksud
 mengejek, menyindir secara serius atau jenaka, mengkritik
 tingkah-laku dan sifat negatif."

Kalau adik nak tahu bagaimna cara untuk berseloka, adik-
adik boleh melihat video di bawah :)




Hingga jumpa lagi^^


10 Sept 2012

Gerak-Gerak Badan

Jom senaman sikit^^
Ikut Tommy di bawah ni k....




Hingga Jumpa Lagi^^





9 Sept 2012

Pemahaman - Penjagaan Gigi

Assalammualaikum adik-adik..apa khabar? :) 

Kali ini kita akan cuba menjawab sedikit soalan pemahaman untuk menguji kefahaman adik-adik terhadap sesuatu petikan.

Oleh itu, adik-adik dikehendaki membaca terlebih dahulu petikan di bawah yang bertajuk "Penjagaan Gigi".






Sudah selesai membacanya? Bagus^^ 
 Sekarang mari kita cuba menjawab soalan di bawah ini ^_^ 


 
Tahniah kepada adik-adik yang berjaya menjawab kesemua soalan dengan betul^^ Namun jangan bersedih kepada adik-adik yang tidak dapat menjawab kesemua soalan dengan betul. Adik-adik boleh mencuba lagi di kemudian hari.


Hingga jumpa lagi^^

Perkataan digraf ny

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Kali ini kita akan meneruskan pembelajaran dengan mengenali beberapa perkataan yang mengandungi digraf ny. 

 Sebelum itu marilah kita membaca terlebih dahulu suku kata di bawah ini : 

nya 
nye 
nyi 
nyo 
nyu 




 Mari kita lihat pula slaid di bawah ini.
Hingga kita jumpa lagi^^

7 Sept 2012

Kisah Dolah Yang Nakal

Assalammualaikum dan salam sejahtera!!...Sihat? kalau sihat alhamdulillah, kalau tak sihat cepat-cepat makan ubat yer..^^

Di bawah ni ada satu kisah mengenai Dolah. Adik-adik dikehendaki untuk membaca cerita ini :)





Dolah Yang Nakal



            Dalam dalam sebuah kampung, terdapat seorang budak yang bernama Dolah. Dolah seorang budak yang nakal. Dia sering mengganggu orang-orang kampung. Malah Dolah suka membuang sampah di merata-rata tempat serta membuat bising.

            Dolah juga suka bermain mercun. Dolah sering membaling mercun ke arah rumah-rumah yang dikehendakinya. Orang kampung sangat marah dengan perangai Dolah. Mereka sering menasihati Dolah,  namun Dolah tidak pernah menghiraukan nasihat orang kampung.

            Pada suatu hari, Dolah bersama rakan-rakannya bermain mercun di halaman rumah jirannya. Dolah membaling mercun ke arah rumah jirannya itu. Tiba-tiba, mercun tersebut telah menyebabkan rumah jirannya itu terbakar. Api merebak sehingga menyebabkan beberapa rumah terbakar. Malah rumah Dolah yang berdekatan juga turut terbakar.

            Akibat tindakannya itu, rumah Dolah hangus terbakar. Dolah menyesal dengan tindakannya itu. Dolah dan keluarganya telah ditempatkan di balai raya buat sementara waktu. Dolah berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya lagi. 
 


Sudah faham cerita ini? Kalau sudah mari kita uji adik-adik. ^_^



Kuiz Dolah Yang Nakal » test maker


Moga jumpa lagi^^

Jom Santai~

Penat belajar? Mari kita tenangkan fikiran kita dengan bermain.
Ingat!! Bermain dapat membantu kita menenangkan fikiran selepas belajar :)


Macam mana? Seronok tak? Mari kita bersantai lagi dengan lebih banyak permainan^^ 


 
Math Lines » Puzzle games




Hingga Jumpa Lagi^^