CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

4 Sept 2012

Apa itu Pemulihan?

Konsep Pemulihan

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 1245,1246)
“Pulih” bermaksud kembali seperti biasa (keadaan semula). “Pemulihan” bermaksud perbuatan memulihkan, pengembalian kepada keadaan semula. Dalam konteks ini konsep pemulihan merujuk kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam pembelajaran. Pembelajaran pemulihan biasanya dikaitkan dengan usaha untuk memperbaiki sesuatu kekurangan atau memperbetul sesuatu. 

Syarifah Alawiah Alsagoff (1983)
Pemulihan ialah satu tindakan yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesusahan dari segi pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang diasingkan daripada sekolah biasa dan dalam darjah untuk pengajaran pembelajaran biasa.

Ishak Harun dan Koh Boh Boon (1983)
Pemulihan merupakan perkhidmatan khas untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi pembelajaran di sekolah biasa.

Pemulihan Khas ialah aktiviti alternatif yang dijalankan apabila didapati seseorang murid gagal mempelajari sesuatu kemahiran selepas mengikuti aktiviti pembelajaran dalam kelas biasa. Program PEMULIHAN ini adalah sebagai ganti aktiviti pembelajaran dalam kelas biasa di Kelas Pemulihan untuk membantu murid menguasai kemahiran berkenaan.
Ia sebenarnya dikhususkan kepada murid yang mengalami kesulitan dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira amnya, tiga kemahiran asas yang menjadi fokus dalam KBSR.
Objektif pengajaran Pemulihan pula adalah seperti berikut :

  • membantu murid mengatasi masalah pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran tertentu
  • mengubah sikap murid yang negatif dan tingkah laku yang menjejaskan pembelajaran
  • memupuk serta mengembangkan sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran.
Program Pemulihan pula dilaksanakan setelah murid dicalonkan, melalui ujian saringan dan diagnostik. Biasanya murid yang terlibat adalah tahun 2 dan 3. Namun demikian, untuk murid tahun 4 dan 5, bergantung kepada budi bicara guru Pemulihan dan rundingan dengan semua pihak dalam organisasi.


**Manusia lahir dengan pelbagai perbezaan. Salah satu perbezaan ialah dari segi  tahap pendidikan. Oleh itu bukan murid yang tahap IQ dah tinggi saja perlu beri perhatian. Murid yang lemahlah perlu dibelai lebih lagi  agar mereka tidak terus ketinggalan dalam pendidikan...

Semua orang nak pandai ^^

0 bintang-bintang:

Post a Comment